Pada tahun ini, Kelantan telah dipilih sebagai negeri pengelola bagi Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Terkenal dengan negeri yang kaya dengan budaya sopan santun, semestinya kontinjen akan disambut dengan penuh kemesraan apabila kejohanan bermula. Tidak lupa juga dengan kepelbagaian sajian istimewa yang dapat ditemui seperti nasi kerabu, ayam percik dan nasi air yang semestinya akan menambat hati kontinjen yang akan berkampung selama 8 hari di Kota Bharu.
Kejohanan pada tahun ini akan berlangsung di tiga (3) venue utama iaitu di:
1. Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kota Bharu
2. Sek. Men. Sains Tengku Muhammad Faris Petra; dan
3. Kolej Sultan Ismail
Semoga kejohanan tahun ini berlangsung dengan jayanya dan semoga semua kontinjen dapat menyemarakkan semangat kesukanan dan mempamerkan aksi yang terbaik sepanjang kejohanan ini.
No comments:
Post a Comment