SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KRIKET MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN KRIKET MSSM BAWAH 12 TAHUN DAN BAWAH 18 TAHUN

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN KRIKET BWH 18 THN/12 THN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Semua permainan akan dijalankan mengikut Undang-undang Kriket sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kelab Kriket Maryleborne , tertakluk kepada pindaan-pindaan yang diluluskan oleh Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)

2. PERTANDINGAN

Pertandingan akan dijalankan mengikut sistem liga satu kumpulan bagi pusingan pertama dan kalah mati bagi pusingan suku akhir , separuh akhir dan akhir.

3. SISTEM PERTANDINGAN

Semua pasukan akan dibahagi kepada 4 kumpulan. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir.Semua pasukan ketiga dan keempat akan bermain didalam kumpulan kalah (Losers Pool). Undian akan dijalankan bagi menentukan lawan masing-masing. Sementara pasukan yang kalah diperingkat suku akhir akan bertanding untuk perlawanan klassifikasi.

4. HAD MASA

4.1 Semua perlawanan mengandungi satu innings bagi setiap pasukan dan setiap innings dihadkan
      kepada : 20 (6 ball ) overs- Untuk pusingan pertama, suku akhir , separuh akhir dan akhir

4.2 Dua permainan akan diadakan setiap hari di semua padang yang ditetapkan. Semua perlawanan          akan ditamatkan dalam satu hari dan masa pertandingan rasmi adalah seperti berikut:

     4.2.1 Untuk setiap permainan tempoh permainan adalah selama 3 jam. Masa tambahan sebanyak
              30 minit dibenarkan untuk setiap perlawanan ( Time extension of 30 minutes)

     4.2.2 Masa perlawanan ialah :

              a) Perlawanan Pertama - 9.00 pg - 12tgh
                  Cut off time – 11.40 pg
                  Innings pertama bermula 9.00 pg hingga 10.20pg
                  Rehat 20 minit
                  Innings berikut bermula 10.40 pg hingga 12.00tgh 
             
             b) Perlawanan Kedua -2.00 ptg- 5.00 ptg
                 Cut off time - 4.40 ptg
                 Innings pertama bermula 2.00 ptg hingga 3.20 ptg
                 Rehat 20 minit
                 Innings berikut bermula 3.40 ptg hingga 5.00 ptg 

     4.2.3 Sekiranya sesuatu perlawanan tertangguh kerana cuaca atau sebab-sebab tertentu yang tidak
              dapat dielakan, pengadil akan menyusun semula jumlah overs bagi innings kedua-dua                          pasukan. Jumlah minima overs yang di perlukan ialah 5 overs satu pasukan. Jika syarat ini                  tidak dapat dipenuhi maka perlawanan yang berkenaan dianggap seri.

     4.2.4 Jika permainan  tidak dapat dijalankan langsung, maka perlawanan tersebut akan dikira                        sebagai seri tampa lawan dan setiap pasukan akan diberi satu mata.

     4.2.5. Sekiranya satu innings habis lambat oleh kerana kelewatan pasukan memadang pasukan                       tersebut akan dipenalise untuk slow over rate dan jumlah over batting mereka akan                               dikurangkan.

     4.2.6 Bagi pasuakn memukul pula seorang pemukul boleh dikeluarkan secara timed out sekiranya                tidak bersedia untuk menghadapi balingan dalam tempoh masa 2 minit

5. HAD SEKATAN

     5.1 Seorang pembaling tidak boleh membaling lebih daripada : 4 overs didalam satu innings 20                 overs.

     5.2 Had minimum pembaling ialah 15 overs dalam satu jam dan Jawatankuasa Pengelola akan                   mengarahkan pengadil memastikan bahawa peraturan ini dipatuhi.

     5.3 Sekiranya seorang pembaling tidak mampu menhabiskan satu over kerana sebab-sebab                         tertentu , baki balingan (balls) hendaklah dibaling oleh seorang pembaling yang lain. Baki                   balingan (balls ) yang berkenaan adalah dikira sebagai satu over kepada pembaling yang                     mengambil alih.

     5.4 Sekiranya peraturan 4.2.3 dilaksanakan seorang pembaling tidak dibenarkan membaling overs             yang lebih jumlah overs ini tidak boleh dibahagi kepada 5, maka tambahannya hanya satu                   over setiap pembaling boleh diberikan kepada bilangan pembaling minimum yang                               dibenarkan.

          Contoh : Sekiranya satu innings dikurangkan kepada 8 overs maka tiga orang pembaling boleh            membaling sebanyak 2 overs seorang dan pembaling –pembaling yang lain tidak boleh                        membaling melebihi 1 over seorang.

     5.5 Pembaling tidak dibenarkan membuat balingan underarm.

6. Had Sekatan Pasukan Pemadang (Field Restrictions) bawah 18 dan 12

     6.1 Untuk 6 overs pertama hanya 2 pemadang dibenarkan berada diluar garisan 30 ela

     6.2 Selepas 6 over pertama tidak lebih dari 5 pemadang diluar garisan 30 ela

7. Keputusan dan Pemberian Mata

     7.1 Sekiranya kedua-dua pasukan menghabiskan overs yang dipersetujui, maka pasukan yang                  mempunyai larian yang lebih akan menjadi pemenang dalam satu permainan.

     7.2 Pasukan yang memukul kedua mestilah menghadapi sekurang-kurangnya 5 overs yang                        diperuntukkan atau semua pemukulnya out sebelum sesuatu keputusan perlawanan boleh                    dibuat.

     7.3 Sekiranya pasukan memukul kedua belum menghabiskan overs yang dipersetujui, maka                       keputusan akan dibuat mengikut cara di bawah. - Pasukan yang memperoleh kadar larian                     setiap over (Run-rate per over) yang lebih besar dihitung tepat kepada 2 tempat perpuluhan                 akan menjadi pemenang. Perhitungan kadar larian setiap over bagi pasukan yang memukul                 pertama akan dibuat berdasarkan jumlah overs yang telah ditetapkan.

     7.4 Sekiranya keputusan tidak dapat dibuat berdasarkan kepada 7.1 , 7.2 & 7.3 maka keduadua                 pasukan dianggap seri.

     7.5 Sekiranya bilangan larian bagi kedua-dua pasukan adalah sama (tie ) maka kedua- dua                         pasukan dianggap seri. (Peringkat Kumpulan )

     7.6 Pasukan yang tidak bersedia untuk memulakan sesuatu perlawanan 30 minit selepas masa                   yang ditetapkan akan dianggap menarik diri atau menyerah kalah.

     7.7 Pemberian Mata Menang 2 mata Seri 1 mata Kalah 0 mata

     7.8. Pasukan yang mendapat mata terbanyak dianggap sebagai johan kumpulan. Pasukan yang                    kedua terbanyak adalah sebagai Naib Johan

     7.9 Sekiranya terdapat dua atau tiga pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka kedudukan               pasukan akan ditentukan seperti berikut.

          7.9.1 Pasukan yang mempunyai net run rate yang lebih besar dalam permainan - permainan                         kumpulan dikira menang. cara kiraan (Jumlah larian yang dibuat dibahagikan dengan                           jumlah over yang dihadapi dan tolak dengan jumlah larian yang diberi bahagi jumlah                           over yang dibaling)

8. Pusingan Kedua Peraturan over eliminator diguna pakai dari peringkat suku akhir,separuh      akhir, tpt 3/4 dan akhir sekiranya perlawanan tie. ( Setiap pasukan akan diberi satu over - 6      balingan. Pasukan memukul boleh batiing untuk 1 over atau innings dianggap tamat                  apabila  2 wicket jatuh.

     8.1 Jika masih seri over eliminator akan diguna sekali lagi.

     8.2 Jika masih juga seri keputusan akan dibuat melalui undian .(Toss Sekali )

9. Pendaftaran

     9.1 Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih dari 15 pemain.
     
     9.2 Semua pemain hendaklah didaftarkan dalam borang pendaftaran Pemain yang dibekalkan.                   Senarai yang lengkap berserta dengan salinan kad pengenalan hendaklah dibawa bersama                   semasa mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan untuk semakan.

     9.3 Senarai nama pemain untuk satu perlawanan hendaklah diserahkan kepada pegawai                             bertugas(Scorer) 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dijalankan.

10. Minuman 

     10.1 Dalam sesuatu innings minuman boleh dibawa ke padang sekali sahaja. Jika cuaca terlalu                     panas , dengan arahan pengadil minuman boleh dibawa dua kali sewaktu perlawanan                          dijalankan.

     10.2 Minuman hanya boleh dibawa selepas perlawanan berjalan lebih dari 60 minit atau 15 overs. 

11. Laporan Melanggar Peraturan

     11.1 Pengadil bertanggungjawab melaporkan secara bertulis kepada Jawatankuasa Pengelola                      dalam masa 1 jam setelah tamatnya permainan , mana-mana pemain yang melanggar                            peraturan atau berkelakuan kurang sopan.

      11.2 Pengadil akan memberitahu ketua pasukan yang berkenaan bahawa dia akan melapurkan                      kejadian itu kepada Jawatankuasa Pengelola.

     11.3 Pasukan yang melanggar sebarang peraturan pertandingan boleh digantung atau disingkirkan               daripada perlawanan , bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Pengelola / Lembaga                     Tatatertib

12. Gelanggang

     12.1 Dalam permainan yang dijalankan diatas tikar (Matting) bola yang dibaling ke penghujung                 matting atau terkeluar adalah disifatkan sebagai no ball.

     12.2 Semua bola yang dibaling yang terkeluar lebih 2 kaki diluar off stump disifatkan sebagai                     wide.

     12.3 Semua bola yang dibaling keluar sebelah leg stump disifatkan sebagai wide.

     12.4 Semua bola yang dibaling terus ( full toss/ beamer ) melepasi paras pinggang pemukul akan                 dipanggil sebagai no ball

     12.5 Satu bouncer dibenarkan setiap over. Jika bola kedua atau seterusnya yang dibaling melantun              dan melepasi paras bahu pemukul yang berdiri pada posisi dirian biasa (atas crease )pengadil              akan memanggil bola tersebut sebagai no ball.

     12.6 Pengadil boleh memanggil no ball pada bola berikut :

            12.6.1 Lantunan lebih dari 2 kali.

            12.6.2 Bola yang meleret

            12.6.3 Bola yang dibaling berhenti serta-merta

13. Pakaian

     13.1 Pemain diwajibkan memakai pakaian kriket ( 90 % cream atau off white)

     13.2 Pakaian inner pemain harus berwarna putih

     13.3 Kasut spikes tidak dibenarkan kerana permainan dijalankan atau jutt mating dan artificial                     strip.

14. Bantahan Sila rujuk peraturan AM (13) MSSM

15. Juri Rayuan Sila rujuk peraturan AM (14) MSSM 

16. Kuasa Mutlak Jawatankuasa Pengelola adalah badan yang mempunyai kuasa mutlak bagi                    memutuskan sesuatu perselisihan atau pelanggaran undang-undang. PERATURAN                              TAMBAHAN YANG AKAN DIGUNA PADA KEJOHANAN MSSM 1.FREE HIT FOR                    EVERY NO BALL 2. PERATURAN MANKAD- RUN OUT OF NON STRIKER

Peraturan Tambahan Pusingan Kedua dan Seterusnya

     1. Pusingan kedua pertandingan adalah peringkat Suku akhir , Separuh akhir bagi kumpulan                   Johan   dan Losers Pool.

     2. Kedudukan pasukan akan ditentukan mengikut Peraturan Am Pertandingan Kriket MSSM                   iaitu: 
  
        A) Jika perlawanan peringkat suku akhir tidak dapat dijalankan kerana hujan atau sebab –sebab               lain maka ketetapan untuk menentukan pemenang seterusnya adalah seperti berikut.                             (minimum 10 overs to constitute a match)

             i) Pasukan yang menjadi Johan kumpulan akan layak ke peringkat Separuh Akhir

             ii) Sekiranya perlawanan kumpulan kalah tidak dapat dijalankan maka pasukan ketiga dalam                   kumpulan akan layak keperingkat akhir. ( minimum 10 overs to constitute a match)

          B) Jika perlawanan peringkat separuh akhir tidak dapat dijalankan kerana hujan atau sebab–                     sebab yang lain maka ketetapan untuk menentukan pemenang seterusnya adalah seperti                       berikut : .( minimum 10 overs to constitute a match)

               i) Pasukan yang layak ke Peringkat Akhir akan ditentukan dengan mengambil kira net run                       rate pasukan yang terlibat

              ii) Jika net run rate masih sama undian akan dilakukan.

         C) Jika perlawanan Akhir tidak dapat dijalankan (mengikut peraturan ) kerana hujan atau                          sebab-sebab tertentu maka untuk menentukan pemenang seterusnya adalah seperti berikut : .               (minimum 10 overs to constitute a match). Kedua-dua pasukan akan diumumkan sebagai                     Johan Bersama dan pingat Johan dan Naib Johan akan dibahagi sama rata.

No comments:

Post a Comment