SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KRIKET MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Wednesday 24 January 2018

Penampilan sulung skuad kriket wanita raih gangsa

Penampilan sulung skuad kriket wanita raih gangsa



KUALA LUMPUR 28 Ogos – Skuad kriket T20 wanita negara masih tetap gembira walaupun membawa pulang pingat gangsa setelah mengetepikan Singapura kerana kejayaan tersebut merupakan penampilan sulung mereka di pentas Sukan SEA Ke-29 di Kinrara Oval di sini, hari ini.

Sasaran sebenar pasukan kebangsaan ialah mara ke akhir dan sekurang-kurangnya menggenggam perak, namun tewas mengejut kepada Indonesia, semalam.Bagaimanapun, kekecewaan tersebut berjaya ditebus Malaysia apabila menundukkan Singapura dengan lapan wiket dalam aksi penentuan pingat gangsa.

Dalam perlawanan tersebut, skuad kebangsaan berjaya melakukan 52-2 manakala Singapura hanya 50 larian. Pengurus pasukan, M. Haemalatha ketika ditemui berkata, walaupun sasaran sebenar Malaysia merupakan pingat perak tetapi kejayaan meraih gangsa tetap menjadi kebanggaan skuad kebangsaan.

“Ini kali pertama kami beraksi pada Sukan SEA, kejayaan ini untuk negara. Kami beraksi demi Malaysia bukannya untuk individu,” katanya.
“Kami tewas mengejut kepada Indonesia, semalam, tetapi hari ini berjaya menebus kekecewaan itu dengan memastikan pingat tidak terlepas daripada genggaman kami,” katanya.

Sementara itu, pingat emas menjadi milik Thailand setelah mengalahkan Indonesia menerusi kelebihan 24 larian.

No comments:

Post a Comment