SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KRIKET MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Monday 11 February 2019

MSSM 2019

Selamat datang 2019!

Kita bertemu lagi untuk Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi tahun 2019. Sekali lagi Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan pada tahun ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengelola kejohanan yang dinanti nantikan oleh semua atlet murid kriket di Malaysia. Adakah kontinjen Selangor akan mengulangi kecemerlangan pada tahun ini? Semestinya kontinjen lain akan memberi persaingan yang sengit dalam edisi ini dengan persediaan rapi yang telah dilakukan di peringkat negeri. 

Negeri Sembilan mempunyai pelbagai tarikan moden dan tradisional, tidak lupa sajian terkenal seperti masak lemak cili api dan rendang cili api. Semestinya akan memberi tarikan kepada semua kotinjen yang hadir dalam kejohanan pada tahun ini.

Muzium Negeri, Seremban

Stesen Kereta Api Seremban

Bandar Seremban
  Selamat maju jaya kepada semua kontinjen dalam Kejohanan Kriket MSSM 2019

Friday 1 February 2019

TAKWIM MSSM 2019


Selamat Datang 2019!

Berikut adalah Takwim MSSM bagi tahun 2019 bagi 24 jenis sukan dan tarikh bagi kejohanan di peringkat antarabangsa.

Sukan kriket akan dipertandingkan dalam penggal pertama pada 24 hingga 29 Mac bertempat di Negeri Sembilan.