MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN KRIKET MSSM 2019
Mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan Kriket MSSM 2019 telah dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 24 Mac 2019
Masa : 4.30 petang
Tempat : SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Muzir bin Ab Manan, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Mesyuarat turut dihadiri oleh Penyelaras Kriket Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, KPM, En. Afiq Athari bin Abdul Wahid dan Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, En Ahmad Shukree bin Hassan.
Mesyuarat bertujuan untuk memberi taklimat kepada semua pengurus pasukan berhubung jadual perlawanan, peraturan-peratuan kriket, penginapan dan majlis perasmian penutup kejohanan yang akan berlangsung pada 30 Mac 2019 bertempat di Center Court, Paroi.
No comments:
Post a Comment