SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KRIKET MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Friday 12 August 2016

KEJOHANAN KRIKET MSSM 2016 - KUANTAN, PAHANG



Picture


Jabatan Pendidikan Negeri Pahang mengucapkan selamat datang kepada semua kontinjen Kriket MSSM 2016 ke negeri Pahang. Pada tahun ini Kuantan menjadi tumpuan lokasi Kejohanan Kriket MSSM Kali ke-58 dan dianjurkan bersama Kejohanan Sofbol MSSM. JPN Pahang telah menunjukkan kelainan dalam penganjuran mereka dengan memilih untuk bermain di dalam Kem Tentera Batu 10, Kuantan. Ini memberi keunikan kepada kejohanan pada tahun ini dan memberi peluang kepada murid dan guru untuk merasai suasana berada di dalam kem tentera. Pihak pengelola turut menyediakan kemudahan penginapan yang baik dimana semua kontinjen telah ditempatkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia cawangan Kuantan dan dilengkapi fasiliti yang baik dan selesa. Syabas diucapkan kepada JPN Pahang atas penganjuran mereka pada tahun ini. 

Maklumat lanjut berhubung kejohanan ini boleh dilayari melalui laman web berikut:


Penginapan di UIA Kuantan
Dua kategori telah dipertandingkan dalam kejohanan ini iaitu Kategori Lelaki Bawah 18 dan Kategori Lelaki Bawah 12. Kategori Lelaki Bawah 18 disertai oleh 12 pasukan yang terdiri daripada pasukan negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Pahang dan Sabah. Manakala Kategori Lelaki Bawah 12 terdiri daripada pasukan negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang. 












No comments:

Post a Comment