SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KRIKET MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Monday, 8 June 2015

Kejohanan hari kedua Kriket MSSM 2015

Sekitar perlawanan kriket pada hari Kedua kejohanan

Perlawanan dimulakan seawal jam 9.00 pagi dan berkahir pada jam 5.00 petang di venue-venue yang telah ditetapkan.

Terdapat sedikit gangguan teknikal semasa kejohanan berlangsung di mana venue di SMS Muhammad Jiwa telah diserang oleh sekumpulan lebah. Ini berikutan sarang lebah yang terdapat di sebatang pokok di sebelah tepi padang kriket.

Masalah ini segera diatasi oleh pihak penganjur yang telah menghubungi pihak berwajib (Bomba) untuk menghalau lebah tersebut dan memusnahkan sarang yang tergantung di dahan pokok.

Walaupun gangguan lebah ini agak bahaya kepada keselamatan para pemain dan individu yang terlibat, tetapi tiada sebarang kemalangan yang berlaku. Namun bagi semua yang terlibat dalam kejohanan ini, hendaklah sentiasa mengambil berat tentang soal keselamatan.

Selamat berjuang dan selamat maju jaya.










Pertandingan Kriket Hari Pertama

Kejohanan kriket kali ini menyaksikan sebanyak enam sekolah menjadi lokasi pertandingan. Sekolah-sekolah tersebut adalah:

   1.    SK Sungai Layar
   2.    SMK Sungai Layar
   3.    SMK Ibrahim
   4.    SMS Sultan Muhammad Jiwa
   5.    Kolej Vokasional 1
   6.    Kolej Vokasional 2

Pada hari pertama sebanyak 12 perlawanan telah dilangsungkan di venue yang telah ditetapkan.
Tahniah kepada pasukan negeri yang menang pada pusingan awal ini dan selamat berusaha lagi kepada pasukan yang tewas pada hari ini.



Pasukan Kriket Negeri MSSM 2015









Sunday, 7 June 2015

KEJOHANAN KRIKET MSSM 2015 - SUNGAI PETANI KEDAH

JPNK mengucapkan Selamat datang kepada semua Kontinjen 
Kriket MSSM 2015 ke Kedah


Menara Jam Sungai Petani

"Dalam usaha KPM membangunkan generasi muda ke arah persaingan global, sukan memainkan peranan sebagai pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan murid dengan kemahiran sukan untuk bersaing dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit"

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan


KRIKET MSSM KE-57

Pada tahun ini Sungai Petani telah dipilih menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Kriket MSSM Kali Ke-57, 2015. Pemilihan kawasan PPD Kuala Muda / Yan berdasarkan daripada kemudahan serta penglibatan aktif sukan kriket di dalam daerah ini. Pemilihan Bandar Sungai Petani selaku tuan rumah kejohanan amat bertepatan memandangkan terdapat kemudahan lengkap padang kriket di beberapa buah sekolah yang berhampiran dengan pusat bandar. Di samping itu juga terdapat tiga padang rumput tiruan (artificial turf) yang memudahkan proses penyediaan padang sebelum sebarang pertandingan.




Thursday, 27 March 2014

PERLAWANAN AKHIR BAWAH 12 TAHUN

Perlawanan akhir Kriket MSSM bawah 12 tahun menyaksikan perlawanan di antara negeri Melaka menentang pasukan Johor. Perlawanan akhir ini di langsungkan di Oval SM Sains Setiu.

KRIKET MSSM 2014 DI SETIU, TERENGGANU

Kriket MSSM berkunjung ke Setiu




Setiu merupakan satu daerah di Terengganu yang terletak di sebelah utara Kuala Terengganu yang berhampiran dengan negeri Kelantan. Daerah Setiu, sekolah persekitaran Permaisuri telah dipilih oleh negeri pengelola (JPNT) untuk mengelolakan acara Kejohanan MSSM Kriket 2014. Ini merupakan sejarah baru di dalam pembangunan kriket Malaysia di mana buat pertama kalinya kejohanan besar kriket diadakan di satu daerah yang agak jauh dari ibu negeri.

Kejohan Kriket MSSM 2014 ini dilangsungkan di empat buah sekolah berhampiran iaitu SMK Guntong, SK Guntong, SMK Saujana dan SM Sains Setiu, dengan 8 oval kesemuanya. Sambutan penduduk tempatan amat menggalakkan walaupun pada mulanya agak menghairankan mereka apabila melihat pemain-pemain Kriket berpakaian serba putih bermain di bawah terik mentari  di padang-padang sekolah.  

Kejohanan pada hari pertama telah menyaksikan sebanyak 12 perlawanan dilangsungkan dengan jayanya sementara pasukan Kuala Lumpur Bawah 18 tahun selaku Johan Bertahan  menentang Pahang dan pasukan KL bawah 12 tahun menentang Johor telah dibatalkan disebabkan hujan lebat.

 Aksi pasukan Pahang menentang Perlis

 Aksi menarik di sepanjang kejohanan