SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KRIKET MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Wednesday, 13 March 2019

MESYUARAT PENGELOLAAN KEJOHANAN KRIKET DAN SEPAK TAKRAW MSSM BIL. 2/2019


MESYUARAT PENGELOLAAN KEJOHANAN KRIKET DAN SEPAK TAKRAW MSSM BIL. 2/2019


Sebagai persediaan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dalam menghadapi Kejohanan Kriket dan Sepak Takraw MSSM bagi tahun 2019, Mesyuarat Pengelolaan Bil. 2/2019 telah dilaksanakan pada 13 Mac 2019 bertempat di SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah dan dipengerusikan oleh Tuan Hj. Md. Fiah bin Md. Jamin, Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Mesyuarat turut dihadiri oleh semua jawatankuasa dan agensi-agensi luar bagi membentangkan status kerja bagi setiap jawatankuasa. 










Tuesday, 12 March 2019

MESYUARAT PENGERUSI TEKNIK PEMBANGUNAN SUKAN BIL. 1/2019


MESYUARAT PENGERUSI TEKNIK PEMBANGUNAN SUKAN BIL. 1/2019


Mesyuarat PTPS Bil. 1/2019 telah dilaksanakan pada 10 hingga 12 Februari 2019 bertemapt di Hotel Sutera, Seremban 2 dan dihadiri Pengerusi Teknik Negeri, Pengerusi Teknik Kebangsaan, Penyelaras Kriket, dan Ketua Pengadil.

Mesyuarat membincangkan pelbagai perkara dan di antaranya adalah:

1. Post Mortem Kejohanan Kriket MSSM 2018
2. Program Pembangunan Kriket 2019
3. Undian Pasukan Kejohanan Kriket MSSM 2019
4. Program Kerjasama Bersama Persatuan Kriket Malaysia
5. Undian Pasukan Kejohanan Kriket Juara Sekolah-Sekolah Peringkat Akhir

Mesyuarat turut memberi penerangan terhadap penambahbaikan kepada peraturan dan kepentingan disiplin dalam permainan. Semua ahli mesyuarat berpeluang untuk bertukar pandangan dan pendapat untuk membangunkan sukan kriket di Malaysia khususnya di peringkat akar umbi.














Monday, 11 February 2019

MSSM 2019

Selamat datang 2019!

Kita bertemu lagi untuk Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi tahun 2019. Sekali lagi Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan pada tahun ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengelola kejohanan yang dinanti nantikan oleh semua atlet murid kriket di Malaysia. Adakah kontinjen Selangor akan mengulangi kecemerlangan pada tahun ini? Semestinya kontinjen lain akan memberi persaingan yang sengit dalam edisi ini dengan persediaan rapi yang telah dilakukan di peringkat negeri. 

Negeri Sembilan mempunyai pelbagai tarikan moden dan tradisional, tidak lupa sajian terkenal seperti masak lemak cili api dan rendang cili api. Semestinya akan memberi tarikan kepada semua kotinjen yang hadir dalam kejohanan pada tahun ini.

Muzium Negeri, Seremban

Stesen Kereta Api Seremban

Bandar Seremban
  Selamat maju jaya kepada semua kontinjen dalam Kejohanan Kriket MSSM 2019

Friday, 1 February 2019

TAKWIM MSSM 2019


Selamat Datang 2019!

Berikut adalah Takwim MSSM bagi tahun 2019 bagi 24 jenis sukan dan tarikh bagi kejohanan di peringkat antarabangsa.

Sukan kriket akan dipertandingkan dalam penggal pertama pada 24 hingga 29 Mac bertempat di Negeri Sembilan.


Thursday, 9 August 2018

KEPUTUSAN HARI KELIMA KEJOHANAN KRIKET MSSM 2018

Berikut adalah keputusan bagi hari kelima Kejohanan Kriket MSSM 2018

Bawah 12 Tahun 





Bawah 18 Tahun





MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KATEGORI PLATE BAWAH 12 DAN BAWAH 18

Majlis Penyampaian Hadiah bagi Kategori Plate telah berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh:
9 Ogos 2018
Khamis

Masa:
5.30 Petang

Tempat:
Astaka
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Majlis penyampaian hadiah dihadiri dan disempurnakan oleh Penyelaras Kriket MSSM, En. Afiq Athari bin Abdul Wahid, Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, En. Muhammad Nuzulhan bin Muhammad Zain dan PTPS MSSM Sukan Kriket En Yeshodh a/l Parameswaran. 

Berikut adalah keputusan Kategori Plate Kejohanan Kriket MSSM 2018:

Bawah 12 Tahun:

Johan : Pahang

Naib Johan : Kedah


Bawah 18 Tahun:

Johan : Kuala Lumpur

Naib Johan : Kedah