Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Kriket dan Sepak Takraw MSSM telah dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 30 Mac 2019 (Sabtu)
Masa : 4.00 Petang
Tempat : Centre Court, Kompleks Sukan Paroi, Seremban
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hj. Pkharuddin Bin Hj. Ghazali, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan turut dihadiri oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan serta Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia En. Razuki bin A. Rahim serta En. Suhaimi Sun Abdullah. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Setiausaha Kehormat Persatuan Kriket Malaysia, En. Iqbal Ali yang turut menyampaikan anugerah kepada Best Batsman, Best Wicket Keeper dan Best All Rounder bagi Kejohanan Kriket MSSM 2019.
Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan selaku pengelola Kejohanan Kriket dan Sepak Takraw MSSM 2019 dan syabas kepada semua pemenang kejohanan.